Powered By Blogger

Thursday 3 March 2011

Renungan Bersama

Berikan sepenuh kasih sayang kepada kedua ibu dan bapa, kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa; kasih mereka terhadap anak adalah kasih dari titisan air mata dan titik peluh yang tidak mungkin terbalas.

Kasihi keluargamu, kerana mereka adalah insan yang paling rapat dalam hidupmu dan tidak mungkin dapat dipisahkan dengan apa jua pun; bagai air yang dicincang tidak akan putus.

Berbudi luhur dan beramah mesra dengan jiran tetangga, kerana mereka adalah sebahagian dari keluarga kamu.

Dari itu, sayangkan diri kamu, cintai Allah dan kasihi akan Rasul-Nya; kerana tidak dijadikan kekasih-Nya, Muhammad melainkan menjadi rahmat semesta alam.

Berpegang teguh pada keimanan yang kamu tanamkan ibarat pokok yang tidak berganjak dipukul ribut; kerana itu adalah satu-satunya keselamatan di dunia dan di akhirat.

Semoga Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang mencucuri kasih dan sayang kepada hamba-Nya yang khusyu' dalam menyintai-Nya.

No comments:

Post a Comment