Powered By Blogger

Sunday, 24 July 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarakh 1432H

Barisan Ahli Jawatankuasa Surau Wildan Taman Subang Perdana mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK kepada seluruh anak kariah Surau Wildan, tuan-tuan guru Ustaz serta penyumbang-penyumbang dan penderma yang zahir begitu juga yang tidak memaklumkan dan kaum muslimin/muslimat, moga kedatangan Ramadhan Al-Mubarakh yang penuh dengan kerahmatan dan keberkatan ini memudahkan kita mengejar peluang mendapatkan ganjaran di bulan Allah menurunkan rahmah-NYA dengan melipat gandakan usaha ibadah. Rebutlah peluang-peluang ini sementara kesempatan yang diberikan. Pohonkanlah juga doa-doa kepada kedua ibubapa kita, ahli keluarga, sanak-saudara, tuan-tuan guru & cikgu kita, kaum muslimin dan muslimat yang telah pergi dahulu moga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan mendapat kelapangan di alam kubur, Insya'Allah.

"Orang yang tidak pernah memuji Allah atas nikmat air bersih dan segar yang diminumnya, ia akan lupa kepada-Nya jika mendapat istana yang cantik, kenderaan yang mewah dan kebun-kebun yang penuh buah-buahan yang ranum"

"Hendaklah kamu mengeluarkan sedekah, meskipun sedikit, kerana hal itu akan memadamkan kesalahan, membahagiakan hati, menghilangkan kegelisahan dan menambahkan rezeki"
"SENYUM" yang kamu berikan apabila berhadapan dengan sahabat kamu adalah satu sedekah. Dan warna kulit dan bahasa yang berlainan adalah satu tanda kebesaran Ilahi.

wassalam.
Salam Ramadhan Al-Mubarakh

Thursday, 3 March 2011

Renungan Bersama

Berikan sepenuh kasih sayang kepada kedua ibu dan bapa, kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa; kasih mereka terhadap anak adalah kasih dari titisan air mata dan titik peluh yang tidak mungkin terbalas.

Kasihi keluargamu, kerana mereka adalah insan yang paling rapat dalam hidupmu dan tidak mungkin dapat dipisahkan dengan apa jua pun; bagai air yang dicincang tidak akan putus.

Berbudi luhur dan beramah mesra dengan jiran tetangga, kerana mereka adalah sebahagian dari keluarga kamu.

Dari itu, sayangkan diri kamu, cintai Allah dan kasihi akan Rasul-Nya; kerana tidak dijadikan kekasih-Nya, Muhammad melainkan menjadi rahmat semesta alam.

Berpegang teguh pada keimanan yang kamu tanamkan ibarat pokok yang tidak berganjak dipukul ribut; kerana itu adalah satu-satunya keselamatan di dunia dan di akhirat.

Semoga Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang mencucuri kasih dan sayang kepada hamba-Nya yang khusyu' dalam menyintai-Nya.

Tuesday, 22 February 2011

Majlis Maulidur Rasul Nabi Muhamad S.A.W 1432H

Majlis berlangsung pada 15 Feb 2011, seramai 250 orang jemputan kalangan kariah dan tetamu luar. Majlis bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 2.30 petang. 
Persembahan nasyid & marhaban oleh kaum muslimah dan diikuti oleh persembahan syair & nasyid oleh remaja/kanak-kanak Taman Subang Perdana.
Penceramah jemputan Ustaz Fairuz Shah Badri mengambil slot ceramah Maulidur Rasul sehingga solat zohor. 
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau diluar pengetahuan kami sebagai memberi kelancaran majlis ini. AJK Surau Wildan juga berterimakasih kepada kaum-kaum bapa yang bergotong royong memasak bagi majlis tersebut.  Majlis Maulidur Rasul 1432H Surau Wildan